Laporan Khas | Kajang Bypass: Lebuh raya atau pusara?

2022-03-23 2

Bayangkan kawasan perumahan yang sepatutnya tenang bertukar menjadi seperti lebuh raya.
Kenderaan yang lalu-lalang langsung tidak diperlahankan.
Ini yang terjadi di jalan pintasan Kajang-Semenyih atau Kajang Bypass.
Dan hasilnya penduduk setempat menjadi saksi pelbagai kemalangan hampir setiap minggu.
Ikuti laporan wartawan Astro AWANI, Hilmi Malik.